Seperti biasa kelas TMK pada hari yang ketiga, pensyarah Pn.Zakiah telah membimbing kami untuk menyediakan eportfolio bagi memudahkan sistem pembelajaran dan komunikasi antara pensyarah dan pelajar. sebelumnya,Pn.Zakiah terlebih dahulu membimbing kami untuk mewujudkan halaman blog tersendiri untuk memudahkan pembelajaran kami pada masa akan datang. sebagai langkah pertama mewujudkan blog,kami dibimbing untuk mewujudkan akaun gmail masing-masing. Setelah itu, Pn.Zakiah turut membimbing kami untuk mewujudkan halaman blog untuk sesi pembelajaran kelas beliau. Matlamat utama penggunaan blog ini ialah bagi memudahkan pensyarah dan pelajar untuk mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang akan atau telah disampaikan oleh pensyarah ataupun pelajar.
REFLEKSI PEMBELAJARAN
Setelah menghadiri kelas pada hari ini, saya telah mempunyai satu kemahiran baru yang tidak pernah saya kuasai sebelum ini. Segala persoalan yang wujud diminda tentang bagaimana cara mewujudkan dan mengaplikasikan blog dan mewujudkan akaun gmail dan sebagainya kini sudah terjawab. Secara ringkasnya,hasil daripada pembelajarn pada hari ini ialah,kami telah mempunyai satu blog yang dikhususkan untuk pembelajaran kelas teknologi maklumat dan komunikasi. ini merupakan satu inisiatif yang berkesan untuk memudahkan para pelajar dan pensyarah untuk saling berkongsi maklumat dan pendapat.

0 ulasan:
Post a Comment